Saturday, November 13, 2010

BOLA OH BOLA...

MALAYSIA lwn CHINA...perlawanan MALAYSIA n CHINA dahpun tamat... CHINA 3 MALAYSIA 0...bola sepak..... MALAYSIA2x...ape nak jadi ar...cane nak masuk WORLD CUP..aqpun x tau.. ape2pun ucpan tahniah tuk semua pemain Malaysia. Dengan 8 pemain n  pengadil yg berat sebelah Malaysia mampu lagi mengekang China drp berpesta GOL:......x apelah besar nanti aq akan mewakili MALAYSIA...dan aq akan pasti kan yang MALAYSIA akan masuk WORLD CUP...AKU BERJANJI...

Monday, November 8, 2010

KEPUTUSAN SUKAN ASIA 2010

Berita 1: MU dapatkan Mats Møller Dæhli minggu ini

Manchester United akan menandatangani pemain attacking midfielder berusia 15 tahun minggu ini, Mats Møller Dæhli adalah anak kepada komentator bolasepak terkenal di Norway Truls Dæhli dan juga seorang ahli fotografi sukan. Pemain ini telah digambarkan sebagai pemain muda yang paling bersinar di Norway pada masa ini.



Perjanjian Daehli membolehkan dia berlatih di Akademi Manchester pada 1 Februari nanti selepas dia berjaya melepasi beberapa ujian percubaan dengan kelab tersebut.

Daehli telah memulakan debut bersama Norway U-15 pada Ogos lepas di Sweden, walaupun Norway telah tewas dalam semua perlawanan tersebut tetapi dia telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Jurulatih Stabaek Pal Berg mengklasifikasikan pemain muda ini sebagai pemain yang mempunyai teknik yang luar biasa dan bakat yang amat menakjubkan untuk menjadi seorang pemain yang berkualiti nanti.

Walaupun Daehli bermain untuk pasukan muda Stabaek tetapi dia kini berlatih bersama skuad utama dan dilaporkan bakat semulajadi Daehli pertama kali dikesan di akademi bolasepak lagenda United Ole Gunnar Solskjaer.
http://masa-tambahan.blogspot.com/

Saturday, November 6, 2010

RENUNGAN 1: NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA

Sedikit panduan buat muslimin dan muslimah mendidik anak-anak...dan sedikit panduan buat muslimin dan muslimah yang mahu menyandang gelaran anak solehah... "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan. "Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berxikir (ingat kepada Allah)" "Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya." "Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia." "Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya." "Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan." "Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang." "Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka : ** Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu. **Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu). **Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu). **Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu. **Ingatlah kepada Allah s.w.t. **Ingatlah akan mati. **Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain. **Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.

AQ BUDAK BARU...

Hari ni aq belajar blog....ayah aq yg ajar...nak tahu kenapa aq nak buat blog, sebab kawan2 aq semua dah reti buat blog aq je yg x reti...tapi ade jugak yg x reti...sikit je.....itu sebab aq buat blog dan satu lagi kakak aq, ayah aq dan mak aq semua dah ade blog.